bismillahhirrahmaniRahim
Assalamualaikum w.b.r
apa khabar saudara saudari seislamku sekalian. lama sudah rasanya saya tidak menulis di blog tercinta ini. apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah tentang perjalanan menuju redha ilahi yang dilalui lima orang sahabat baik.
insyaAllah saya akan ceritakan tentang lima oranng gadis ini dan perjalannnya satu persatu.
••¤(`×[¤SunGai NiL dan MesiR iTu JoDoH.. TaNPa SunGai NiL paSTi TiADa
MesiR.. TiADa PeRaDaPaN.. YaNG aDa haNYa GuRuN PaSiR..¤]×´)¤••
yang pertama ~
gadis tersebut bernama Amirah,seorang gadis yang berkaca mata,yang kelihatan ayu,lemah lembut,manja,tetapi hatinya penuh dengan kekerasan,mindanya penuh dengn keutuhan dan kedegilan. namun,kekerasan,keutuhan dan kedegilannya bukanlah satu keburukan. hatinya keras untuk menerima kejatuhan,utuh daripada menerima kekalahan dan degilnya adalah untuk membangkang mereka yang memperssendakan Islam.
Anas ra.
berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "terdapat 4
perkara, satu di antaranya menyangkut hubungan dengan Aku, satu
menyangkut hubunganmu dengan hamba-hambaKu, satu untukmu dan satu untuk
Aku. Adapun yang untuk Aku ialah bahwasanya engkau menyembah-Ku tidak
menyekutukan sesuatu dengan Aku, sedang yang satu untuk engkau ialah
bahwasanya apa yang telah engkau perbuat dari kebaikan Aku akan
membalasmu. Adapun yang satu antara Aku dan engkau ialah bahwasanya
engkau berdoa dan Aku menerima dan yang antaramu dan hamba-hambaKu ialah
bahwasanya engkau merelakan bagi mereka apa yang engkau relakan bagi
dirimu sendiri." (Riwayat Abu Nu'aim)
Amirah seorang gadis yang amat meminati sejarah tentang Islam itu sendiri. dia gemar membaca bahan-bahan yang berkaitan agama islam dan bersuha mendalaminya. kisah dan pengalaman silamnya menjadikan dia lebih berusaha untuk memperbaiki dirinya kearah yang lebih baik.Dalam kisah yang pertama,saya akan bercerita perihal Amirah yang menghadapi krisis keluarga bersama ayahnya dan bagaimana dia mengatasinya. Amirah pernah mengalami masalah dengan keluarganya hinggakan dia pernah membenci bapa kandungnya sendiri. bagi gadis manis ini,terlalu sukar untuk dia memaafkan kesilapan yang telah bapanya lakukan.
waimah Amirah sangat membenci bapanya pada ketika itu,hati kecilnya pernah berdetik bahwa"ya Allah,dia bapaku.wajarkah aku membencinya??"
seorang sahabatnya telah menasihati Amirah supaya tidak membenci bapanya kerana tidak kira apapun,Amirah tetap lahir dari cinta bapa dan ibunya. ibunya cuma satu,begitu juga bapanya. ibu bapa tiada galang gantinya.
bagi Amirah,setiap nasihat itu besar ertinya. demi menuju redha ilahi ,redha ibu bapa amat penting baginya. lantaran itu,Amirah telah melakukan solat sunat taubat selam beberapa hari berturut-turut supaya dia berasa tenang. alhamdulillah,Amirah berjaya menemui ketenangan yang dicarinya. Amirah memaafkan bapanya dan memulihkan hubungan antara mereka. kisah Amiarh ini munking tidak semenarik kisah sumayyah autau ainul mardhiah,tetapi basi saya kisah ini tetap ada teladannya buat kita selaku seorang anak,selaku seorang muslim
sewajarnya kita mentaati ibu bapa kita dan memaafkan apa jua kesalahan yang telah mereka lakukan.
ingatlah,bahawa kita lahir kedunia kerana cinta ibu bapa kita dan kerana cinta Allah kepada kita.
Amiarh berusaha menuju redha Allah dengn memaafkan bapa kandungnya sendiri waimah lelaki itu pernah bersalah dalam kelurganya.
bagi saya sendiri,saya mengagumi kecekalan Amirah dan kesedarannya untuk melakukan solat sunat taubat bagi memperoleh hidayah Allah tentang jalan yang bakal diambil agar kehidupannya menuju kepada redha Allah Taala.
cerita kedua tentang Amirah adalah tentang kisah cintanya. saya akan sambung kisah ini dilain hari.
uhibbuka fillah
wassalamualikum w.b.r
No comments:
Post a Comment