Boo

Monday, 19 December 2011

apa salahku kawan???

manusia diciptakan dengan 3 ketentuan yang yang abadi
sejak lahir lagiAllah telah tetapkan siapa ibu bapa kita,bila kita akan mati,dimana kubur kita,dan siapa jodoh kita
setiap perkara yang berlaku juga Allah telah tetapkan
semuanya sudah Allah catatkan di Luh Mahfuz
hanya kita yang perlu percaya dan menerima dengan seredha-redha qada dan daqar Allah

itulah apa yang aky cuba lakukan
cuba menjadi khalifah Allah yang sentiasa redha dalam menerima apa-apa jua ketentuanNya
tapi aku juga seperti insan lain
aku juga lemah
aku juga punya tahap kesabaran sendiri
aku juga mampu menangis
dan aku juga mampu berdiri teguh dalam menhhadapi segala ujian Allah

dalam hidup ini
apa yang aku inginkan
hanyalah sebuah keluarga yang bahagia
rakan-rakan yang diredhai Allah
kejayaan dalam setiap apa yang aku lakukan
dan ketetapan iman yang hakiki
namun
aku hanya mampu merancang
Dia yang yang akan menentukan

dahulu
aku sering bersedih soal keluarga
namun
air dicincang tidak akan putus
betapa besar sekalipun gelombang negatif dalam keluarga
aku masih mampu menanganinya'dengan doa dan kesabaran
yang ikhlas semata-mata kerana Allah
dengan niat aku ingin menjadi khalifah Allah yang bahagia di bumi yang Dia ciptakan

akhir-akhir ini
aku sering bersedih soal kawan
bukan aku sedih sampai menangis-nangis seolah-olah bumi ini telah berhenti berputar
tapi aku sedih kerana aku punyai kawan yang tak tahu untuk menghargai apa yang aku berikan
dia sering berkata akulah yang terbaik baginya
akulah satu-satunya kawan,sahabat yang sentiasa amik berat akan dirinya
kononya terima kasih kepada aku untuk segalanya

tetapi
sejurus kata dilontarkan
sejurus juga dia lenyap tanpa berita
aku tak minta ucapan terima kasih itu
kerana aku membantunya sebagai kawan dan sebagai saudara islam
aku cuma tidak mahu kehilangannya
dia seorang teman yang baik
aku ingin selalu ada disisinya
aku ingin selalu membantunya

oh kawan
tidakkah kau sedar apakah sebenarnya yang aku inginkan darimu???
tidakkah kau fahami aku???
aku risau apabila melihat bicara-bicara sedihmu di 'facebook'
aku ingin membantumu
kau katakan aku kawan baikmu
kau katakan aku seolah-olah adik beradikmu
lalu kenapa kau tak izinkan aku membantumu???

kawanku
apakah semua yang kau katakan hanya untuk menjaga hatiku
atau untuk mempermainkan ku???
jika ya atau tidak
aku berharap apa yang kau katakan hanyalah mimpi
kerana ia amat menyakitkan hatiku

duhai kawanku
aku cuma ingin berkawan dengan mu seperti dahulu
mengapa kau berubah dan berpaling dariku
aku punyai ramai kawan baik
dan aku tidak mahu hilang walau seorang dari mereka
termasuklah kamu
aku lebih rela kau tarik balik kata-kata pujian dan terima kasihmu terhadapku
asalkan kau dan aku akan seperti dahulu
berkawan seperti biasa
kita tidak terlalu rapat
cukuplah kau memberi aku kesempatan untuk berada disisimu
untuk terus membisikkan kata-kata nasihat buatmu
agar bila kau terjatuh
kau masih ada aku untuk membangunkanmu

hanya itu yang aku pinta
wahai kawanku

Sunday, 27 November 2011

aPaBiLA mEmInAtI SESEoRaNg

"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh... Zatel. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.

Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.

"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.

"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"

"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."

"Aiwahhh.... Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel?"

"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".

"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"

************************

Dilema?

Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?

ATAU

Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?

ATAU

Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?

**********************

Apa pilihannya? Keliru?

Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.

Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.

Apa yang penting?

Kesucian jiwa.

"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)

Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.

Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.

Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.

***********************

Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai

muhasabah AWAL muharam

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.


Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin...

Monday, 26 September 2011

KaTa cIntA sAmPai ke MaTi..............

Kata cinta sampai keMATI…..tapi!!!

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, stress juga bila aku tengok berita kisah kedutaan Malaysia diserang di Jakarta tetapi aku yakin bukan semua warga Indonesia terutama yang selalu datang ke blog ini seperti mereka yang beremosi tu. Kita kan satu rumpun janganlah masalah kecil menyebabkan kita berpecah kerana sememangnya ada mereka yang berusaha untuk kita tidak bersatu. Dalam stress itu aku tengok-tengok entri lama blog ni. Jadi aku nak kongsikan semula satu entri yang memang boleh hilangkan stress.
4202 WeddingphotogFeat  Kata cinta sampai keMATI.....tapi!!!
Gambar dari Google.
Teruja betul bila baca artikel ni dari sebuah blog Happy Moments taklah Islamik tetapi banyak boleh diambil pengajaran hidup berumahtangga. Semuga harapan hidup bersuami-isteri bukan bagai bayangan hidup.
Before – You take my breath away
After – I feel like I’m suffocating
Before – Twice a night
After – Once a month
Before – She says she loves the way I take control of the situation
After – She called me a controlling, manipulative egomaniac
Before – He makes me feel like a million dollars
After – If I had a dime for every stupid thing he’s done…
Before – Don’t stop
After – Don’t start
Before – The Sound of Music
After – The Sound of Silence
Before – Is that all you’re having?
After – Maybe you should just have a salad, honey.
Before- Its like I’m in a dream
After – Its like he’s in a dorm
Before – $60/dozen
After – $1.50/stem
Before – Turbo charged
After – Jump start
Before – We agree on everything!
After – Doesn’t she have a mind of her own?
Before – Victoria’s Secret
After – Fruit of the Loom
Before – Feathers and Handcuffs
After – Ball and Chain
Before – Idol
After – Idle
Before – I love a woman with curves
After – I never said you were fat
Before- He’s completely lost without me
After – Why won’t he ever ask for directions?
Before – Time stood still
After – This relationship is going nowhere
Before – Croissant and cappuccino
After – Bagel and instant
Before – Blind
After – Nearsighted
Before – You look so seductive in black
After – Your clothes are so depressing
Before – Oysters
After – Fish sticks
Before – I can hardly believe we found each other
After -I can’t believe I ended up with someone like you
Before – Passion
After – Ration
Before – Once upon a time
After – The End

Masa bercinta kata Cinta sampai kemati …tapi dah kahwin lain jadinya. Apa komen kawan-kawan?

Tuesday, 20 September 2011

KUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.





WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

            “Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
            Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
            Juga pun”.

Saturday, 9 July 2011

AkUlah PeRmaTa

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar

Friday, 10 June 2011

sophia rindu ayah

ayah
ayah pergi saat kak ngah masih perlukan ayah
ayah tahu tak betapa kak ngah amat merasai peninggalan ayah??
seawal usia 15 tahun,saat kak ngah nak pmr
ayah pergi dengan tinggalkan pesan
"kak ngah! belajar rajin-rajin. jaga solat,jangan melawan ckap ibu. jaga adik-adik baik tau nak"
ayah
kak ngah sangat sangat rindukan ayah
kak ngah nak sangat jumpa ayah lagi
kadang-kadang kak ngah rasa sedih sangat,sayu sangat bila tengok orang len ada ayah
jumpa ayah dia orang
ayah dia orang datang tengok dia orang kat asrama
kadang-kadang
kak ngah nanti-nanti bila ayah nak datang
ayah kan selalu lambat daripada masa
lepas itu baru kak ngah ingat
ayah dah tak ada
macam mana ayah nak datang kan????
sedih kan ayah..
ayah
nak tahu tak
bila kak ngah tengok hanis peluk ayah dia
setiap itulah kak ngah rasa macam peluk ayah
rindu sangat pelukan ayah
rindu sangat-sangat
ayah
kak ngah dah janji dengan diri kak ngah
kak ngah nak belajar bersungguh-sungguh
supaya kak ngah arif dalam ilmu dunia dan pakar dalam ilmu akhirat
doakan kak ngah ya ayah
kak ngah akan selalu ingat ayah
sampai bila -bila
ayah
kak ngah ada banyak masa untuk lalui hari-hari tanpa ayah
harap kak ngah akan terus tabah ya ayah
kak ngah tahu
walau di mana pun kak ngah
ayah tetap ada untuk tenangkan hati kak ngah kan???

Wednesday, 8 June 2011

dengar sini aku nak citer!!!

hurm...
smk telok mas..
macam macam sejarah yang ader kat sini. banyak bnda yg pernah berlaku. dari kes gado,buli,bengang,gosip,skandal,senior junior,happy,terlbih giler punyer happy sampailah belajar...di sekolah inilah segalanya bermula..

apa yg mulanya????

mulanya kisah aku sebagai seorang remaja n kt skola nilah aku mula rjin blaja n jadikan diri ini berjaye...

then,nape pindah dari skola uh????

pker ske aty nenek aku ker nk pindah???ak pndah ader sbb. aku masok sbp hanyer ats 1 sbb jerk iaitu sng nk dapat jpa..ape ko pker skola ak uh bgoz nau...huh.cm siak ajer sms kota tinggi uh...x best langsung,kalo bdx dye rajin blaja maybe bole;ah aku ktekan best,,,,
TAPI!!!!
skola uh bkn cm yg aku expect lah..tp budx2 dyer pndai uh bolelah jugak kot...

kalo bnci wt pe dok si2 agy?????
x der lah bnci sgt,just skola tlok mas ttp agy best...
satu-satunyer sbb ak stay skola uh tok taun n adalah sbb mak aku da abis duit byar tok aku masok si2..kalo bkn sbb ak ksiankan mak aku,pergh,mmg ak da kuar dah..n aku dalam rencana nk pndah blik tlok mas taun depan...tp x tau agy r...
ARGHHHHHHHH!!!!

citer pertama
tentang geng aku

ape nyer???

hah,name geng aku JFINAS..sbnrnyer ak x taulah btol ke aku geng uh sbb aku x akn join dye owg slalu tp dye owglah kawan -kawan kesayangan aku..
kawan ak yg pertma,yg aku paling2 syg ialah
NUR AMANI KHALISA tp aku panggil dye CICIK!!!
hehe,sume geng aku,aku bg name pena n aku sorg jer pgil dye owg cm uh tp rmai lak yg da follow,,,hurm,lntaklah..
ok nk cter ni..cicik n seorg awek yg sgt comey n cun gler argh..hahahahaha.ble kte cun jwbnyer byaklah bf dyer..mmg byak un,da berbuih cm nk kna swan ak bg nasihat kt dye nk soh brubah tapi x brubah jugak,nk wt cm ner..nk dijadikn cter,f5 rmai yg x ske dyer,sbb pe,dye kaki dating...hah,sape soh dating????tp cicik lah insan yg mmpu buat aku ktawa..sbb pe???sbb dyer mmg x ske kalo ak marah...kalo aku mrah,singa2 kt zoo sume mengaku aku sedare dyer..haha.grang x aku??cicik n pndai n baik n gler2..itulah kita mumia(name batch kte owg),kte owg mmg gler2 thap babi,tp itulah yg buat kte wog epy,lntak lah owg len nk ske ke tdak,itulah diri kte owg..huhu..aku just arap one day cicik akn berubah n berjaya dlam idop dyer..same2lah doakan kawan ak yerk...arigatogozaimas..

hah,kawan ke2 ialah kwn bek cicik,iaitu FARAH IZZA tp aku panggil farah jerk..kdg2 jer pngiil FAR-FAR..heeh
farah ni baik n sweet..pndai jugak sbnarnyer tp mals jerk lebih..tp ak ttp asyag dyer,farah ni x gety sgt nk hargai kawan..kalo ader owg len dtng nk menyebok dalam geng kte owg,farahlah yg akan layan smpaikan kte owg un diabaikan.ish3...x vek farah ni...bkn aper,farah ialah manusia yg sntyase jage perasaan owg len sbb 2 dye slalu frust..hehehehhe,nk wt cm ne..marilah kte doakan moga ketulusan aty farah x disalahgunakan oleh owg2 yg x berhati perot..

kawan seterusnya ialah NURUL SYAHIRA tapi aku panggil dye SHIRO...haha..cm name anjing shin can kan...bkn aper,ak x tau cm ne bole terpangil name uh,tp da terbyase,so aku panggil jerlah name uh..heheh
shiro n seorg gadis yg sgt lmah lmbut tp sensitive..cpat sgt cair n nangis..hah..name pakwe dye MINO...aminurrashid..amik yh tgah uh jdlah mino..shiro n baik just dye seorg yg sntsyase perlukan bimbingan owg len.ak arap dye akn lbih kuat tok hadapi idop dye n jgn cpat nangis kalo ader masalah,doakn shiro yer pmbace skalian...

next ialah HANNANI atau aku panggil dye goat-goat...hahahahaha,...tau x ne dtg name goat uh???nani ader cter mase skola rndah dyer punyer kwan slalu panggil name dyer nani goat sempena name seekor kambing..name kambing uh nanny goat..so ak un pgil dye goat-goat..hahaha...goat n seorg budax yg baik npaling sopan di kalngan kte owg,dye gler jugak,tp kalo dye ktawe....hurm...muke jer lbih,suara x kuar un..goat n seorg yg sgt lmah lmbut n pndiam...tp diam2 gler jugak sbnrnyer dye ni..goat un cantik jugak au..dye sgt kmas n pmbersih,sbb uh rmai gak yg suke dyer..heeh..goat n mudah ditindas owg sbb sifatdye yg pndiam n x gety nk lawan balik...ak just arap goat akan pndai jage diri dyer...mlawan itu adalah bnda bgoz kalo tok jge diri yer goat-goat???jgn tkot tok mlawan...doakn goat yer sume!!!!

member yg last skali adalah JULIE NABILAH atau aku panggil dye JUJUL...heheh,jujul n bdanyer sgtlah chubby tp comey au..jujul seorg yg baik tp keras kaple n senang emo...TAPI dye n mmg gler2 thap hant btol..mmg x kering gusi ble ngan dye..jujul n suke memalukan diri,bukannyer aper,tp dye n ctek ilmu sket pasal dunia luar...so ble kte owg cter-cter ble dye xpaham,dye main sbot jer ape2 n bnda uh akn mmalukan dye..haih..itulah jujul..tp,satu kelebihan jujul ialah dye sgt syang kawan dyer..wlaupon kdg2 kte owg mrah kt dyer,tp dyer mmg care pasal kawan...nk tau sbb pe???sbb sblom n dye slalu kan tipu ngan kawan n dyer x de kwan..so,ble ader kawan,suke atylah dyer..ringa ria raye tros..hahaha..tok jujul,ak arap korg doakan dyer smoga jgn terlau emo n jgn sng percaye owg...love u jujul..

da abis pasl geng aku. kalo nk tau JFINAS sume pndai2
soup(aku) 8a
shiro 8a
goat-goat 8a
far-far 7a (pndailah jugak au..bkn sng nk dapat 1 a un)
cicik 8a
jujul 8a

n aku arap kte owg akn bjaye lg skali tok spm ni


I LOVE J FINAS FOR EVA!!!!

cter kedua
yang bukan geng

hahaha,yg n aku nk cter pasal beberapa owg kawan yg bukan geng...
faradila(bekas kawan baik)
hanis waznah@sotongz(bkas kawan bek merangkap sedare)
faiz firadaus@mffb(kawan baik llki)
fahmi roup(kwan rapt llki)

yg pertama,faradilla,tp aku pnggil dye pata(name pakwe first dyer)
pata n kawn bek ak yg pling lame...tp x de jodoh an..ader ajer owg yg jeles ngn keakraban kte owg,so x pasl2 gado sbb pata n sng dgr cter owg...x kesalah,tp smpai skunk ak rapat nagn dyer tp bkn kawan baiklah..pata n seprg yg pndai,tp mndanyer tlah dirosakkan oleh insan bergelar lelaki...nk tau ape cter nyer???
hah,dulu pata n amat sgtlah syg mak bapak dyer,x bole langsong owg sntuh pasal mak bapak,mst dye akan marah sbb dye amat sgt syag akan mreka n pata n jugak sgt syg akan plajran dyer,,,kalo exam dyer tron 1 mrkah un dyer akan nagis cm owg maty laki!!!
TAPI
2 SUME CTER dulu...smjk pata ader kapel,pata da jauh sgt brubah..dye da x kesa pasl parents dyer n x kesa kalo dye fail pon..ish2.x taulah nk jadik aper budak uh..wlaupon kte owg da x jd kawan bek,tp sume msalah dye ak tau sbb dyer akn cter sume kat aku....n akulah owg yg akan guide dyer..ak hope korg doakan aku agr bole tros bimbing pata n doakan dye kmbli ke jalan yg bnaar...

sterusnyer ialah hanis waznah,tp ak panggil dyer sotong sbb dyer ade tgn yg pnjgng n suke buat tgn cm sotong...taulah tgn uh lembot!!!!hahah..sotong n bkas kawan baik merangkap sedare aku...mslah utam dyer ilah dyer n x gety nk jge diri dyer..maksod ak pnmpilan n pergaulan dyer,solat dyer...so,dye adalah owg kedua yg aku guide....rmai kwn2 yg x ske dyer sbb sifat dye uh,so aklah tmpt dye luahkan prasaan n ak sudi jerk mndengarnyer..ntahlah,kdng2 owg x suke dgr msalah owg len.tp bg aku,ak akan lbih seronok ble dgr msalah owg sbb ak dapat pahala kalo owg 2 rse lega n lg besar pahala ble ak nasihat owg uh..haaha..n bkn nk kerek au..nk cter ajer..harapan ak ialh dokanlah sotong berubah mnjad gadis yg pndai jaga diri dyer ok???

next ialah kawan baik lelaki aku...ak panggil faiz ajer..tp owg ske panggil mffb..aderlah maksodnyer,x leh nk cer...haha..mffbn baik tp ske buat owg sakit aty sbb mlot dye mmg x de isnsurans...da top up un insurans maty jugak..haha..nk wt cm ner..tok faiz,ak slalu guide pasal awek n blajalah...kalo x pham slalunyer kan tnyer aku..doakan faiz baik ngn awek dyer..2 jer buat mase ni.

last skali ilah fahmi..dye n rapat ngn ak n encem orgnyer..syg nyer pompuan slalu ajer tgalkn dyer..dalam hampir sume awek dyer,ak ler yg tlong ushakan n spnjng perkapelan dyer ngan sesame un,dyer ttp akan ditinggalkan..ak slalu guide dye psal blaja sbb dye n mst sntyse ader owg jde n soh blaja...dyer n pemlas tp bertanggungjawab,syg kawan n baik aty...doakan fahmi berjaye dlam idop dyer



hahahahahahhahhaha
demikianlah kisah2 kengkawan aku
papepon doakanlah mereka
n jgn lupe doakan aku
huhu


wassalam

dimanakah ALLAH????

Saya akan menjelaskan salah satu aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, yang telah hilang dari dada sebagian kaum muslimin, yaitu tentang istiwaa (semayam)  Allah di atas Arasy-Nya yang sesuai dengan kebesaran dan kemuliaan-Nya. Apabila kita bertanya kepada saudara kita: Di mana Allah? Kita akan mendapat dua jawaban yang batil bahkan sebagiannya kufur! 

  1. Allah ada pada diri kita ini.
  2. Allah di mana-mana, di segala tempat.
Jawaban yang pertama berasal daripada kaum berfahaman wihdatul wujud (kesatuan wujud Allah dengan manusia) yang telah dikafirkan oleh para ulama kita yang dahulu dan sekarang. Sedangkan jawaban yang kedua keluar dari kaum Jahmiyyah (faham yang menghilangkan sifat-sifat Allah) dan Mu'tazilah (kaum yang berpandu akal semata-mata), serta mereka yang sefaham dengan kedua-duanya.

Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang hamba (budak) perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya, iaitu Mu'awiyah (ertinya) :
Nabi s.a.w. bertanya kepada hamba itu, "Di manakah Allah?” Jawab hamba perempuan, "Di atas langit.” Baginda bertanya lagi, "Siapakah Aku?". Jawab hamba itu, "Engkau adalah Rasulullah". Baginda bersabda : "Merdekakan ia, karena sesungguhnya ia mukminah (seorang perempuan yang beriman)!"

Hadits shahih. Dikeluarkan oleh Jama'ah ahli hadits, di antaranya :
  1. Imam Malik (Tanwirul Hawaalik syarah Al-Muwath-tho juz 3 halaman 5-6).
  2. Imam Muslim (2/70-71)
  3. Imam Abu Dawud (No. 930-931)
  4. Imam Nasa'i (3/13-14)
  5. Imam Ahmad (5/447, 448-449)
  6. Imam Daarimi 91/353-354)
  7. Ath-Thayaalis di Musnadnya (No. 1105)
  8. Imam Ibnul Jaarud di Kitabnya "Al-Muntaqa" (No. 212)
  9. Imam Baihaqy di Kitabnya "Sunanul Kubra" (2/249-250)
  10. Imam Ibnu Khuzaimah -Imamnya para Imam- di Kitabnya "Tauhid" (hal. 121-122)
  11. Imam Ibnu Abi 'Aashim di Kitab As-Sunnah (No. 489 di takhrij oleh ahli hadits besar Muhammad Nashiruddin Al-Albani).
  12. Imam Utsman bin Sa'id Ad-Daarimi di Kitabnya "Ar-Raddu 'Alal Jahmiyyah" (No. 60,61,62 halaman 38-39 cetakan darus Salafiyah).
  13. Imam Al-Laalikai di Kitabnya "As-Sunnah " (No. 652). 
PEMBAHASAN

Pertama
Hadis ini merupakan cemeti dan petir yang menyambar di kepala dan telinga ahlul bid'ah dari kaum Jahmiyyah dan Mu'tazilah dan yang sefaham dengan mereka, yaitu daripada kaum yang menyandarkan aqidah mereka kepada Imam Abul Hasan Ali bin Ismail Al-Asy'ary, yaitu mereka mempunyai i'tiqad (berpendapat) : 
"ALLAH BERADA DI TIAP-TIAP TEMPAT ATAU ALLAH BERADA DI MANA-MANA!"


Katakanlah kepada mereka, jika demikian, yakni Allah berada di mana-mana tempat, maka Allah berada di jalan-jalan, di pasar-pasar, di tempat kotor dan berada di bawah mahluknya.
Jawablah kepada mereka dengan firman Allah 'Azza wa Jalla, ertinya :
"Maha suci Engkau! ini adalah satu dusta yang sangat besar" (An-Nur : 16)
"Maha suci Allah dari apa-apa yang mereka sifatkan " (Al-Mu'minun : 91)
"Maha Suci Dia! Dan Maha Tinggi daripada apa-apa yang mereka katakan dengan ketinggian yang besar". (Al-Isra : 43)



Berkata Imam Adz-Dzahabi setelah membawakan hadits ini, dalam kitabnya "Al-Uluw" (hal: 81, diringkas oleh Muhammad Nashiruddin Al-Albani). ertinya:
"Dan demikian ra'yu (pendapat) kami (bersetuju dengan hadits) setiap orang yang ditanya : "Di mana Allah?" Dia segera dengan fitrahnya menjawab, “Di atas langit!”  Dalam hadits ini ada dua masalah: Pertama, disyariatkan pertanyaan seorang muslim, Di mana Allah? 
Kedua, jawaban orang yang ditanya : (Allah) di atas langit! Maka barangsiapa yang mengingkari dua masalah ini berarti ia telah mengingkari Al-Musthafa (Nabi) SAW".


Dan telah berkata Imam Ad-Daarimi setelah membawakan hadits ini di kitabnya "Ar-Raddu 'Alal Jahmiyah (hal: 39):"  Di dalam hadits Rasulullah SAW ini, ada dalil bahwa seseorang apabila tidak mengetahui sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berada di atas langit bukan bumi, tidaklah ia seorang mu'min".
Tidaklah engkau perhatikan bahwa Rasulullah SAW telah menjadikan tanda/alamat keimanannya (yaitu budak perempuan) tentang pengetahuannya. Sesungguhnya Allah di atas langit. Dan pada pertanyaan Rasulullah SAW (kepada budak perempuan): "Di mana Allah?". Mendustakan perkataan orang yang mengatakan : "Dia (Allah) ada di tiap-tiap tempat (dan) tidak boleh disifatkan dengan (pertanyaan) : Di mana?

Kedua
Lafadz 'As-Samaa" menurut lughah/bahasa Arab artinya : Setiap yang tinggi dan berada di atas. Berkata Az-Zujaaj (seorang Imam ahli bahasa) :

ertinya :
"(Lafaz) As-Samaa/langit dalam bahasa dikatakan : Bagi tiap-tiap yang tinggi dan berada di atas. Dikatakan  atap rumah langit-langit rumah".

Dinamakan "Awan" itu langit/As-Samaa, karena ia berada di atas manusia. Firman Allah 'Azza wa Jalla, ertinya :
"Dan Ia turunkan dari langit, Air (hujan)." (Al-Baqarah: 22).

Adapun huruf "Fii" dalam lafaz hadis "Fiis-Samaa" bermakna " 'Alaa" seperti firman Allah 'Azza wa Jalla, ertinya:
"Maka berjalanlah kamu di atas / di muka bumi." (At-Taubah : 2)

"Mereka tersesat di muka bumi." (Al-Maa'idah : 26)
Lafaz "Fil Ardhii" dalam dua ayat di atas maknanya " 'Alal Ardhii", Maksudnya : Allah 'Azza wa Jalla berada di pihak / di arah yang tinggi - di atas langit - yakni di atas 'Arsy-Nya yang sesuai dengan kebesaran-Nya. Ia tidak serupa dengan satupun mahluk-Nya dan tidak satupun mahluk menyerupai-Nya.
Firman Allah 'Azza wa Jalla , ertinya :
"Tidak ada sesuatupun yang sama dengan-Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar (dan) Maha Melihat". (As-Syura : 11)
"Dan tidak ada satupun yang sama / sebanding dengan-Nya" (Al-Ikhlas : 4)
"Ar-Rahman di atas 'Arasy Dia istiwaa (bersemayam)". (Thaha : 5)
"Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (masa), kemudian Dia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy".(Al-A'raf :54).

Madzhab Salaf - dan yang mengikuti mereka - seperti Imam yang empat : Abu Hanifah, Malik, Syafi'e, Ahmad bin Hambal dan lain-lain Ulama termasuk Imam Abul Hasan Al-Asy'ari sendiri, mereka semuanya beriman bahwa ; Allah 'Azza wa Jalla ISTIWAA di atas 'Arsy-Nya sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya.


Mereka tidak menta'wil ISTIWAA/ISTAWAA dengan ISTAWLA yang artinya berkuasa. Seperti halnya kaum Jahmiyyah dan yang sefaham dengan mereka yang mengatakan "Allah istiwaa di atas 'Arsy" diberi maksud Allah menguasai 'Arsy! Kata mereka lagi, Bukan Dzat Allah yang berada di atas langit atau di atas 'Arsy-Nya, karena Allah berada di mana-mana tempat. Mereka ini telah merobah perkataan dari tempatnya dan telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan Allah kepada mereka sama seperti kaum Yahudi (baca surat Al-Baqarah: 58-59).


Katakan kepada mereka : Kalau makna istiwaa itu adalah istawla (berkuasa), maka Allah 'Azza wa Jalla berkuasa atas segala sesuatu bukan hanya menguasai 'Arsy. Ia menguasai langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara kedua-duanya dan sekalian mahluk (selain Allah dinamakan mahluk). Allah 'Azza wa Jalla telah mengkhabarkan tentang istawaa-Nya di atas 'Arsy-Nya dalam tujuh tempat di dalam kitab-Nya Al-Qur'an. Dan semuanya dengan lafaz "istawaa". Ini menjadi dalil yang sangat besar bahwa yang dikehendaki dengan istawaa ialah secara hakikat, bukan "istawla" (berkuasa) dengan jalan menta'wilnya.
Satu, telah berfirman Allah 'Azza wa Jalla di Muhkam Tanzil-Nya.
Ertinya, "Tuhan yang maha pemurah, yang istawa (semayam) di atas 'Arasy." (Thaha : 5)
Pada enam tempat lain Allah memberitahu Dia bersemayam di Arasy, iaitu:
  1. Surat Al-A'raf ayat 54
  2. Surat Yunus ayat 3
  3. Surat Ar-Ra'du ayat 2
  4. Surat Al-Furqaan ayat 59
  5. Surat As-Sajdah ayat 4
  6. Surat Al-Hadid ayat 4
Menurut lughah/bahasa, apabila fi'il istiwaa dimuta'adikan oleh huruf 'Ala, tidak dapat dipahami/diartikan lain kecuali berada di atasnya.

Firman Allah 'Azza wa Jalla , ertinya :
"Dan berhentilah kapal (Nuh) di atas gunung/bukit Judi" (Hud : 44).
Di ayat ini fi'il "istawaa" dimuta'addikan oleh huruf 'Ala yang tidak dapat dipahami dan diertikan kecuali kapal Nabi Nuh a.s. secara hakikat betul-betul berlabuh/berhenti di atas gunung Judi. Dapatkah kita ertikan bahwa "Kapal Nabi Nuh menguasai gunung Judi" yakni menta'wil lafaz "istawat" dengan lafadz "istawlat" yang berada di tempat yang lain bukan di atas gunung Judi? (yang sama dengan ayat di atas, baca surat Az-Zukhruf: 13)
Berkata Mujahid (seorang Tabi'in besar murid Ibnu Abbas). ertinya :
"Ia istawaa (bersemayam) di atas "Arasy" maknanya :  "Ia berada tinggi di atas "Arasy"
(Riwayat Imam Bukhari di sahihnya Juz 8 hal : 175)



Berkata Imam Ibnu Khuzaimah -Imamnya para Imam- di kitabnya "At-Tauhid" (hal: 101), ertinya :
"Kami beriman dengan khabar daripada Allah Jalla wa A'laa (yang Maha Besar dan Maha tinggi) sesungguhnya pencipta kami (Allah) Ia istiwaa di atas 'Arasy-Nya. Kami tidak akan mengganti/mengubah Kalam (firman) Allah dan kami tidak akan mengucapkan perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada kami sebagaimana (kaum) Jahmiyyah yang menghilangkan sifat-sifat Allah, dengan mengatakan "Sesungguhnya Ia (Allah) istawla (menguasai) 'Arasy-Nya tidak istawaa!". Maka mereka telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada mereka seperti perbuatan Yahudi tatkala mereka diperintah mengucapkan : "Hith-thatun (ampunkanlah dosa-dosa kami)" Tetapi mereka mengucapkan : "Hinthah (gandum)? "Mereka (kaum Yahudi) telah menyalahi perintah Allah yang Maha Besar dan Maha tinggi, begitu pula dengan (kaum) Jahmiyyah".

Yakni, Allah telah menegaskan pada tujuh tempat di kitab-Nya yang mulia, bahwa Dia istiwaa di atas 'Arasy-Nya (Dzat Allah istiwaa/bersemayam di atas 'Arasy-Nya yang sesuai dengan kebesaran-Nya, sedangkan ilmu-Nya berada di mana-mana/ di tiap-tiap tempat tidak satupun tersembunyi dari pengetahuan-Nya).


Kemudian datanglah kaum Jahmiyyah mengubah firman Allah istawaa dengan istawla yakni menguasai 'Arasy sedangkan Dzat Allah berada di mana-mana/tiap-tiap tempat! Maha Suci Allah daripada apa-apa yang disifatkan oleh kaum Jahmiyyah!


Adapun aliran Salaf, mereka telah beriman dengan menetapkan (istbat) sesungguhnya Allah Azza wa Jalla istiwaa -dan bukan istawla- di atas 'Arsy-Nya tanpa,
  1. Tahrif yakni ; Merobah lafadz atau artinya.
  2. Takwil yakni ; Memalingkan dari arti yang zhahir kepada arti yang lain.
  3. Ta'thil yakni ; Meniadakan/menghilangkan sifat-sifat Allah baik sebagian maupun secara keseluruhannya.
  4. Tasybih yakni ; Menyerupakan Allah dengan mahluk.
  5. Takyif yakni ; Bertanya dengan pertanyaan : Bagaimana (caranya) ?
Alangkah bagusnya jawaban Imam Malik ketika beliau ditanya :
"Bagaimana caranya Allah istiwaa di atas 'Arasy ?. Beliau menjawab, ertinya :
"Istiwaa itu bukanlah sesuatu yang tidak dikenal (yakni telah kita ketahui artinya), tetapi bagaimana caranya (Allah istiwaa) tidaklah dapat dimengerti, sedang beriman dengannya (bahwa Allah istiwaa) wajib, tetapi bertanya tentangnya (bagaimana caranya) adalah bid'ah".
(baca : Fatwa Hamawiyyah Kubra hal : 45-46)
Perhatikan!
  1. 'Arasy adalah mahluk Allah yang paling tinggi berada di atas tujuh langit dan sangat besar sekali sebagaimana diterangkan Ibnu Abbas , ertinya :
    "Dan 'Arasy tidak seorangpun dapat mengukur berapa besarnya".
Berkenan hadis itu, kata Imam Dzahabi di kitabnya "Al-Uluw" (hal : 102) : rawi-rawinya tsiqaat (terpercaya).
Muhammad Nashiruddin Al-Albani mengatakan : Sanadnya shahih semua riwayatnya tsiqaat. (dikeluarkan oleh Imam ibnu Khuzaimah di kitabnya "At-Tauhid").
  1. Bahawa Allah 'Azza wa Jalla -istiwaa-Nya di atas 'Arasy- tidak tergantung kepada 'Arasy. Bahkan sekalian mahluk termasuk 'Arasy bergantung kepada Allah Azza wa Jalla.
Firman Allah 'Azza wa Jalla, ertinya :
"Sesungguhnya Allah Maha Kaya dari sekalian alam" (Al-Ankabut: 6) Yakni: Allah tidak berkeperluan kepada sekalian mahluk".

 Di mana ALLAH

Abdul Hakim bin Amir Abdat


Bahagian dua dari tiga tulisan
Ketiga


Penunjukan Beberapa Dalil dari Al-Qur'an dan Hadits yang Sahih
Firman Allah 'Azza wa Jalla, ertinya :
"Apakah kamu merasa aman terhadap DZAT yang di atas langit, bahawa Ia akan menenggelamkan ke dalam bumi, maka tiba-tiba ia (bumi) bergoncang ?" (Al-Mulk : 16)


"Ataukah kamu (memang) merasa aman terhadap DZAT yang di atas langit bahwa Ia akan mengirim kepada kamu angin yang mengandung batu kerikil ? Maka kamu akan mengetahui bagaimana ancaman-Ku". (Al-Mulk : 17).

Berkata Imam Ibnu Khuzaimah -setelah membawakan dua ayat dalam kitabnya "At-Tauhid" (hal : 115), ertinya :
"Bukankah Ia telah memberitahukan kepada kita - wahai orang yang berakal – yaitu, apa yang ada di antara kedua-duanya sesungguhnya Dia di atas langit".



Berkata Imam Abul Hasan Al-Asy'ary di kitabnya Al-Ibanah Fi Ushulid-diayaanah (hal: 48) setelah membawakan ayat di atas : "Di atas langit-langit itu adalah 'Arasy, maka tatkala 'Arasy berada di atas langit-langit. Ia berfirman : "Apakah kamu merasa aman terhadap Dzat yang berada di atas langit ?" Karena sesungguhnya Ia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arasy yang berada di atas langit, dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan 'As-Samaa" (langit), maka 'Arasy berada di atas langit. Bukankah yang dimaksud apabila Ia berfirman : "Apakah kamu merasa aman terhadap Dzat yang diatas langit ?" yakni seluruh langit ! Tetapi yang Ia kehendaki adalah 'Arasy yang berada di atas langit".


Saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) berpendapat: Dua ayat di atas sangat tegas sekali yang tidak dapat dibantah dan ta'wil bahwa lafaz "MAN" tidak mungkin difahami selain dari Allah 'Azza wa Jalla. Bukan Malaikat-Nya sebagaimana dikatakan oleh kaum Jahmiyyah dan yang sepaham dengannya, yang telah merobah firman Allah 'Azza wa Jalla. Bukankah dhamir (kata ganti) pada fi'il (kata kerja) "yakhtsif" (Ia menenggelamkan) dan "yartsil" (Ia mengirim) adalah "huwa" (Dia)? siapakah Dia itu kalau bukan Allah 'Azza wa Jalla.
Firman Allah, ertinya :
"Mereka (para Malaikat) takut kepada Tuhan mereka yang berada di atas mereka, dan mereka mengerjakan apa-apa yang diperintahkan". (An-Nahl : 50).



Ayat ini tegas sekali menyatakan bahwa Allah 'Azza wa Jalla berada di atas bukan di mana-mana tempat. Karena lafaz "fawqo" (di atas) apabila di majrur dengan huruf "min" dalam bahasa Arab menunjukan akan ketinggian tempat. Dan tidak dapat dita'wil dengan ketinggian martabat, sebagaimana dikatakan kaum Jahmiyyah dan yang sepaham dengan mereka. Alangkah zalimnya mereka ini yang selalu merobah-robah firman Tuhan kita Allah Jalla Jalaa Luhu.


Berkata Imam Ibnu Khuzaimah di kitabnya "At-Tauhid" (hal : 111): "Tidaklah kalian mendengar firman pencipta kita 'Azza wa Jalla yang mensifatkan diri-Nya, ertinya :
"Dan Dialah (Allah) yang Maha Kuasa di atas hamba-hamba-Nya." (Al-An'am : 18 & 61).
Berkata Imam Ibnu Khuzaimah di kitabnya tersebut : "Tidakkah kalian mendengar wahai penuntut ilmu. Firman-Nya Subhanahu wa Ta'ala kepada Isa bin Maryam, ertinya :
"Wahai Isa ! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dan mengangkatmu kepada-Ku" (Ali Imran: 55)
Ibnu Khuzaimah menerangkan : Bukankah "mengangkat" sesuatu itu dari bawah ke atas (ke tempat yang tinggi) tidak dari atas ke bawah!. Dan firman Allah 'Azza wa Jalla, ertinya :


"Tetapi Allah telah mengangkat dia (yakni Nabi Isa) kepada-Nya" (An-Nisa' : 158).
Karena "Ar-raf'ah" = mengangkat dalam bahasa Arab yang dengan bahasa mereka kita di atas berbicara (yakni Al-Qur'an) dalam bahasa Arab yang hanya dapat diartikan dari bawah ke tempat yang tinggi dan di atas" (kitab At-Tauhid : 111).


Sekarang dengarlah wahai orang yang berakal, kisah Fir'aun bersama Nabi Allah Musa 'Alaihis Salam di dalam kitab-Nya yang mulia, iaitu Fir'aun telah mendustakan Musa yang telah mengkhabarkan kepadanya bahwa Tuhannya (Allah swt) di atas langit, ertinya


"Dan berkata Fir'aun : Hai Haman! Buatkanlah untukku satu bangunan yang tinggi supaya aku (dapat) mencapai jalan-jalan. (Yaitu) jalan-jalan menuju ke langit supaya aku dapat melihat Tuhan(nya) Musa, karena sesungguhnya aku mengira dia itu telah berdusta". (Al-Mu'min : 36-37 dan Al-Qashash : 38).


Perhatikanlah wahai orang yang berakal!  Perintah Fir'aun kepada Haman -menterinya untuk membuatkan satu bangunan yang tinggi supaya ia dapat jalan ke langit untuk melihat Tuhannya Musa. Hal ini menunjukkan bahawa Nabi Musa telah memberitahu kepada Fir’aun bahawa Tuhan Musa  (Allah swt) berada di atas langit.


Kalau tidak demikian, misalnya Nabi Musa mengatakan bahwa Tuhannya ada di mana-mana tempat (Jahmiyyahisme) tentu Fir'aun yang disebabkan karena kekafirannya dan pengakuannya sebagai Tuhan, akan mengerahkan bala tentaranya untuk mencari Tuhan Musa (iaitu Allah) di istananya, di rumah-rumah Bani Israil, di pasar-pasar dan di seluruh tempat di timur dan di barat. Fir’aun mengatakan Nabi Musa berbohong, "Sesungguhnya aku mengira dia ini berdusta!" Maksudnya Fir’aun dengan angkuh menafikan adanya Allah yang berada di langit.


Perhatikanlah, wahai orang yang berakal. Fir'aun kelihatan sefahaman dengan jahmiyyahisme mendustakan Nabi Musa dengan merobah firman Allah dengan mengatakan Allah ada di segala tempat!
Ketahuilah, bahwa pemahaman di atas bukanlah hasil dari pikiran saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) tetapi pemahaman Ulama-ulama kita diantaranya :
  1. Imam Ibnu Khuzaimah di kitabnya "At-Tauhid" (hal : 114-115) antara keterangannya : "Perkataan Fir'aun (sesungguhnya aku menyangka/mengira ia termasuk dari orang-orang yang berdusta) terdapat dalil bahwa Musa telah memberitahukan kepada Fir'aun. "Bahwa Tuhannya Yang Maha Besar dan Maha Tinggi berada di tempat yang tinggi dan di atas".
  2. Imam Abul Hassan Al-Asy'ary setelah membawakan ayat di atas: "Fir'aun telah mendustakan Musa tentang perkataannya : Sesungguhnya Allah di atas langit" (Al-Ibanah : 48).
  3. Imam Ad-Daarimi di kitabnya "Raddu 'Alal Jahmiyyah hal : 37 Setelah membawakan ayat di atas : " Di dalam ayat ini terdapat keterangan yang sangat jelas dan dalil yang nyata, bahwa Musa telah mengajak Fir'aun mengenal Allah bahwa Allah berada di atas langit. Oleh karena itu Fir'aun memerintahkan membuat bangunan yang tinggi".
  4. Syaikhul Islam Al-Imam As-Shaabuny di kitabnya "Itiqad Ahlus Sunnah wa Ashabul Hadits wal A'imah " (hal : 15) : "Bahwasanya Fir'aun mengatakan demikian (yakni menuduh Musa berdusta) karena ia telah mendengar Musa AS menerangkan bahwa Tuhannya berada di atas langit. Tidakkah engkau perhatikan perkataannya : "Sesungguhnya aku mengira dia itu berdusta" yakni tentang perkataan Musa : “Sesungguhnya di atas langit ada Tuhan".
  5. Imam Abu Abdillah Haarits bin Ismail Al-Muhaasiby diantara keterangannya : "Berkata Fir'aun : (Sesungguhnya aku mengira dia itu berdusta) tentang apa yang ia (Musa) katakan kepadaku : Sesungguhnya Tuhannya berada di atas langit". Kemudian beliau menerangkan : "Kalau sekiranya Musa mengatakan : "Sesungguhnya Allah berada di tiap-tiap tempat dengan Dzatnya, nisacaya Fir'aun akan mencari di rumahnya, atau di hadapannya atau ia merasakannya, -Maha Tinggi Allah dari yang demikian- tentu Fir'aun tidak akan menyusahkan dirinya membuat bangunan yang tinggi". (Fatwa Hamawiyyah Kubra : 73).
  6. Imam Ibnu Abdil Bar : "Maka (ayat ini) menunjukan sesungguhnya Musa mengatakan (kepada Fir'aun): "Tuhanku di atas langit ! sedangkan Fir'aun menuduhnya berdusta". (baca Ijtimaaul Juyusy Al-Islamiyyah hal : 80).
  7. Imam Al-Waasithi dalam kitabnya "An-Nahihah fi Shifatir Rabbi Jalla wa 'Alaa" (hal : 23 cetakan ke-3 th 1982 Maktab Al-Islamy) : "Dan ini menunjukkan bahwa Musa telah mengkhabarkan kepadanya bahwa Tuhannya yang Maha Tinggi berada di atas langit. Oleh karena itu Fir'aun berkata : "Sesungguhnya aku mengira dia ini berdusta".
Demikianlah penjelasan dari tujuh Imam besar di dalam Islam tentang ayat di atas, selain masih banyak lagi yang kesimpulannya: "Bahwa sesiapa mendustakan Allah yang berada di atas langit, iaitu semayam di 'Arsy-Nya (dengan maksud sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya), dia menyamai pendirian Fir'aun". Na'udzu billah.


Sampai di sini pembahasan beberapa dalil dari kitab Allah, selain masih banyak lagi yang cukup untuk diambil pelajaran bagi mereka yang ingin mempelajarinya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.  Ertinya :
"Ambillah pelajaran wahai orang-orang yang mempunyai pandangan!" (Al-Hasyr : 2).

Adapun dalil-dalil dari hadis Nabi SAW banyak sekali. Di bawah ini akan disebutkan beberapa diantaranya,


Sabda Nabi maksudnya, "Orang-orang yang penyayang, mereka itu akan disayang oleh Allah Tabaaraka wa Ta'ala (Yang Maha berkat dan Maha Tinggi). oleh karena itu sayangilah orang-orang yang di muka bumi, niscaya Dzat yang di atas langit akan menyayangi kamu". (Sahih. Diriwayatkan oleh Imam-imam : Abu Dawud No. 4941. Ahmad 2/160. Hakim 4/159. dari jalan Abdullah bin 'Amr bin 'Ash. Hadis ini telah dishahihkan oleh Imam Hakim dan telah pula disetujui oleh Imam Dzahabi. Demikian juga Al-Albani telah menyatakan hadits ini sahih dalam kitabnya "Silsilah Shahihah No. 925".


Sabda Nabi bermaksud, "Barang siapa yang tidak menyayangi orang yang di muka bumi, niscaya tidak akan disayang oleh Dzat yang di atas langit". (Shahih, diriwayatkan oleh Imam Thabrani di kitabnya "Mu'jam Kabir No. 2497 dari jalan Jarir bin Abdullah. Imam Dzahabi di kitabnya "Al-Uluw" hal : 83 diringkas oleh Al-Albani) mengatakan : Rawi-rawinya tsiqaat/kepercayaan).


Sabda Nabi bermaksud, "Tidakkah kamu merasa aman kepadaku padahal aku orang kepercayaan Dzat yang di atas langit, datang kepadaku berita (wahyu) dari langit di waktu pagi dan petang". (Shahih, diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim 3/111 dan Ahmad 3/4 dari jalan Abu Sa'id Al-Khudry).


Sabda Nabi bermaksud, "Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya! Tidak seorang suamipun yang mengajak istrinya ke tempat tidurnya (bersenggama), lalu sang isteri menolaknya, melainkan Dzat yang di atas langit murka kepadanya sampai suaminya rida kepadanya".(Shahih, diriwayatkan oleh Imam Muslim 4/157 dari jalan Abu Hurairah).


Berdasar empat hadis di atas, jelasnya maksud Dzat yang di atas langit yakni Allah 'Azza wa Jalla.
Sabda Nabi bermaksud, "Silih berganti (datang) kepada kamu Malaikat malam dan Malaikat siang, mereka berkumpul pada waktu salat subuh dan  asar. Kemudian naik malaikat yang bermalam dengan kamu, lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka, padahal Ia lebih tahu keadaan mereka : "Bagaimana (keadaan mereka) sewaktu kamu tinggalkan hamba-hamba-Ku ? Mereka menjawab : "Kami tinggalkan mereka dalam keadaan salat dan kami datang kepada mereka dalam keadaan salat". (Shahih, diriwayatkan oleh Imam Bukhari 1/139 dan Muslim 2/113 dll).


Keterangan :
"Sabda Nabi SAW bermaksud: "Kemudian NAIK malaikat-malaikat yang bermalam ...dst" menunjukan bahwa  Allah Subhanahu wa Ta'ala berada di atas. Hal ini juga menunjukkan betapa rusaknya fikiran dan fitrahnya kaum Jahmiyyah yang mengatakan Pencipta kita, tidak berada di atas tetapi di segala tempat ? Maha Suci Allah. Dan Maha Tinggi Allah dari segala ucapan kaum Jahmiyyah dan yang sepaham dengan mereka.



"Jabir bin Abdullah telah meriwayatkan tentang sifat haji Nabi dalam satu hadits yang panjang yang didalamnya diterangkan khotbah Nabi SAW di padang 'Arafah: (Jabir menerangkan) Lalu Nabi SAW mengangkat jari telunjuknya ke arah langit, kemudian beliau tunjukkan jarinya itu kepada manusia, (kemudian beliau berdo'a)  "Ya Allah saksikanlah ! Ya Allah saksikanlah ! ( Riwayat Imam Muslim 4/41).
Sungguh hadis ini merupakan tamparan yang pedas di muka-muka kaum Ahlul Bid'ah yang selalu melarang kaum muslimin merisyarat dengan jarinya ke arah langit. Mereka berkata, “kami khawatir orang-orang akan mempunyai iktiqad bahwa Allah berada di atas langit! Padahal Allah tidak bertempat tetapi Ia berada di segala tempat.”


Demikianlah kekhuatiran yang dimaksudkan syaitan ke dalam hati ketua-ketua mereka. Padahal hakikatnya mereka ini telah membodohi Nabi SAW yang telah mengisyaratkan jari beliau ke arah langit.
Perhatikanlah perkataan mereka, "Allah tidak bertempat tetapi Ia berada di segala tempat."
Perhatikanlah, adakah akal yang sahih dan fitrah yang bersih dapat menerima dan mengerti perkataan di atas?


Mereka mengatakan Allah tidak bertempat karena akan menyerupai dengan mahluk-Nya. Tetapi pada saat yang sama mereka tetapkan bahwa Allah berada di segala tempat atau di mana-mana tempat.
Lagi maksud hadis Nabi s.a.w.


Dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata: " Bahwa Rasulullah SAW berkhutbah kepada manusia pada hari Nahr (tgl. 10 Zulhijah) -kemudian Ibnu Abbas menyebutkan khutbah Nabi SAW- kemudian baginda Nabi mengangkat (mendongak) kepalanya (ke langit) sambil mengucapkan: Ya Allah bukankah Aku telah menyampaikan! Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan! (Riwayat Imam Bukhari Juz 2 hal : 191).
Lagi maksud hadis NabiDari Aisyah, ia berkata : "Nabi SAW mengangkat kepalanya ke langit. (Riwayat Imam Bukhari 7/122).


Perhatikan wahai orang yang berakal! Perbuatan Rasulullah SAW mengangkat kepalanya ke langit mengucapkan: Ya Allah!


Di mana ALLAH?
Abdul Hakim bin Amir Abdat


Bahagian tiga dari tiga tulisan
Keempat


Keterangan Para Sahabat Nabi SAW, dan Ulama-Ulama Islam.
Adapun keterangan dari para sahabat Nabi SAW, dan Imam-imam kita serta para ulama dalam masalah ini sangat banyak sekali, yang tidak mungkin kami turunkan satu persatu dalam risalah kecil ini, kecuali beberapa diantaranya.
  1. Umar bin Khatab pernah mengatakan yang ertinya :
    "Bahawa segala urusan itu (datang/keputusannya) dari sini". Sambil Umar mengisyaratkan tangannya ke langit " [Imam Dzahabi di kitabnya "Al-Uluw" hal : 103. mengatakan : Sanadnya seperti Matahari (yakni terang benderang keshahihannya)].
  2. Ibnu Mas'ud berkata yang ertinya: "'Arasy itu di atas air dan Allah 'Azza wa Jalla di atas 'Arasy, Ia mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan".  Riwayat ini sahih dikeluarkan oleh Imam Thabrani di kitabnya "Al-Mu'jam Kabir" No. 8987. dan lain-lain Imam.
    Imam Dzahabi di kitabnya "Al-Uluw" hal : 103 berkata : sanadnya sahih,dan Muhammad Nashiruddin Al-Albani menyetujuinya (beliau meringkas dan mentakhrij hadis ini di kitab Al-Uluw).
Tentang 'Arasy Allah di atas air ada firman Allah 'Azza wa Jalla, ertinya:
"Dan adalah 'Arasy-Nya itu di atas air" (Hud : 7)
  1. Anas bin Malik menerangkan yang ertinya :Sesungguhnya Zainab memegahkan dirinya ke atas isteri-isteri Nabi SAW, ia berkata: "Yang mengahwinkan kamu (dengan Nabi) adalah keluarga kamu, tetapi yang mengahwinkan aku (dengan Nabi) adalah Allah Ta'ala dari ATAS TUJUH LANGIT".
Dalam satu lafaz Zainab binti Jahsyin mengatakan :
"Sesungguhnya Allah telah menikahkan aku (dengan Nabi) dari atas langit". (Riwayat Bukhari juz 8 hal:176). Yakni perkahwinan Nabi SAW dengan Zainab binti Jahsyin langsung Allah Ta'ala yang menikahinya dari atas 'Arasy-Nya.
Firman Allah di dalam surat Al-Ahzab: 37 ertinya:
"Kami kahwinkan engkau dengannya (yakni Zainab)".
  1. Imam Abu Hanifah berkata yang ertinya,
    "Sesiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya ia telah kafir".  Adapun terhadap orang yang tawaqquf (diam) dengan mengatakan "aku tidak tahu apakah Tuhanku di langit atau di bumi". Berkata Imam Abu Hanifah : "Sesungguhnya dia telah 'Kafir" kerana Allah telah berfirman : "Ar-Rahman di atas 'Arasy Dia istiwaa". Yakni : Abu Hanifah telah mengkafirkan orang yang mengingkari atau tidak tahu bahwa Allah istiwaa di atas 'Arasy-Nya.
  2. Imam Malik bin Anas telah berkata yang ertinya,
    "Allah berada di atas langit, sedangkan ilmunya di tiap-tiap tempat, tidak tersembunyi sesuatupun dari-Nya".
  3. Imam Asy-Syafi'iy telah berkata yang ertinya :
    "Dan sesungguhnya Allah di atas 'Arasy-Nya di atas langit-Nya"
  4. Imam Ahmad bin Hambal pernah di tanya : "Allah di atas tujuh langit diatas 'Arasy-Nya, sedangkan kekuasaan-Nya dan ilmu-Nya berada di tiap-tiap tempat.? Jawab Imam Ahmad yang ertinya,
    "Benar ! Allah di atas 'Arasy-Nya dan tidak sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuan-nya".
  5. Imam Ali bin Madini pernah ditanya: "Apa perkataan Ahlul Jannah ?".
    Beliau menjawab yang ertinya,
    "Mereka beriman dengan ru'yah (yakni melihat Allah pada hari kiamat dan di sorga khusus bagi kaum mu'minin), dan dengan kalam (yakni bahwa Allah berkata-kata), dan sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla di atas langit di atas 'Arasy-Nya Dia istiwaa".
  6. Imam Tirmidzi telah berkata yang ertinya,
    "Telah berkata ahli ilmu : "Dan Ia (Allah) di atas 'Arasy sebagaimana Ia telah sifatkan diri-Nya". (Baca: "Al-Uluw oleh Imam Dzahabi yang diringkas oleh Muhammad Nashiruddin Al-Albani di hal : 137, 140, 179, 188, 189 dan 218. Fatwa Hamawiyyah Kubra oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah hal: 51, 52, 53, 54 dan 57).
  7. Telah berkata Imam Ibnu Khuzaimah -Imamnya para imam,
    ertinya, "Barangsiapa yang tidak menetapkan sesungguhnya Allah Ta'ala di atas 'Arasy-Nya dan Dia istiwaa di atas tujuh langit-Nya, maka ia telah kafir dengan tuhannya...". (Riwayat ini sahih dikeluarkan oleh Imam Hakim dalam kitabnya Ma'rifah "Ulumul Hadits" hal : 84).
  8. Telah berkata Syaikhul Islam Imam Abdul Qadir Jailani (antara perkataannya)
    "Tidak boleh mensifatkan-Nya bahwa Dia berada di atas tiap-tiap tempat, bahkan (wajib) mengatakan: Sesungguhnya Dia di atas langit (yakni) di atas 'Arasy sebagaimana Ia telah berfirman: "Ar-Rahman di atas 'Arasy Ia istiwaa (Thaha : 5). Dan patutlah memutlakkan sifat istiwaa tanpa ta'wil sesungguhnya Dia istiwaa dengan Dzat-Nya di atas 'Arasy. Dan keadaan-Nya di atas 'Arasy telah tersebut pada tiap-tiap kitab yang Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Dia utus tanpa (bertanya):"Bagaimana caranya Allah istiwaa di atas 'Arasy-Nya?" (Fatwa Hamawiyyah Kubra hal : 87).
Yakni : Kita wajib beriman bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala istiwaa di atas 'Arasy-Nya yang menunjukkan bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas sekalian mahluk-Nya. Tetapi wajib bagi kita meniadakan pertanyaan : "Bagaimana caranya Allah istiwaa di atas 'Arasy-Nya?" Karena yang demikian tidak dapat kita mengerti sebagaimana telah diterangkan oleh Imam Malik dan lain-lain Imam. Allah istiwaa sesuai dengan kebesaran-Nya tidak serupa dengan istiwaanya mahluk sebagaimana kita meniadakan pertanyaan : Bagaimana Dzatnya Allah?

Kelima


Kesimpulan
Hadits Jariyah (budak perempuan) ini bersama hadits-hadits yang lain yang sangat banyak dan berpuluh-puluh ayat Al-Qur'an dengan tegas dan terang menyatakan : "Sesungguhnya Pencipta kita Allah 'Azza wa Jalla di atas langit yakni di atas 'Arasy-Nya, yang sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya". Maha Suci Allah dari menyerupai mahluk-Nya.!.
Dan Maha Suci Allah dari ta'wilnya kaum Jahmiyyah yang mengatakan Allah ada di mana-mana tempat.
Dapatlah kami simpulkan sebagai berikut :
  1. Sesungguhnya bertanya dengan pertanyaan : "Di mana Allah? disyariatkan dan penanya telah mengikuti Rasulullah SAW.
  2. Wajib menjawab : "Sesungguhnya Allah di atas langit atau di atas 'Arasy". Karena yang dimaksud di atas langit adalah di atas 'Arasy. Jawaban ini membuktikan keimanannya sebagai mu'min atau mu'minah. Sebagaimana Nabi SAW, telah menyatakan keimanan budak perempuan, karena jawabannya : Allah di atas langit !.
  3. Wajib mengi'tiqadkan sesungguhnya Allah di atas langit, yakni di atas 'Arasy-Nya.
  4. Barangsiapa yang mengingkari wujud Allah di atas langit, maka sesungguhnya ia telah kafir.
  5. Barangsiapa yang tidak membolehkan bertanya : Di mana Allah? maka sesungguhnya ia telah menjadikan dirinya lebih pandai dari Rasulullah SAW, bahkan lebih pandai dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Na'udzu billah.
  6. Barangsiapa yang tidak menjawab : Sesungguhnya Allah di atas langit, maka bukanlah ia seorang mukmin atau mukminah.
  7. Barangsiapa yang mempunyai iti'qad bahwa bertanya :"Di mana Allah?" akan menyerupakan Allah dengan mahluk-nya, maka sesunguhnya ia telah menuduh Rasulullah SAW jahil/bodoh !. Na'udzu billah !
  8. Barangsiapa yang mempunyai iti'qad bahwa Allah berada di mana-mana tempat, maka sesunguhnya ia telah kafir.
  9. Barangsiapa yang tidak mengetahui di mana Tuhannya, maka bukankah ia penyembah Allah 'Azza wa Jalla, tetapi ia menyembah kepada "sesuatu yang tidak ada".
  10. Ketahuilah, bahwa sesunguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas langit, yakni di atas 'Arasy-Nya di atas sekalian mahluk-Nya, telah setuju dengan dalil naqli dan aqli serta fitrah manusia. Adapun dalil naqli, telah datang berpuluh ayat Al-Qur'an dan hadits yang mencapai derajat mutawatir. Demikian juga keterangan Imam-imam dan Ulama-ulama Islam, bahkan telah terjadi ijma' di kalangan mereka kecuali kaum ahlul bid'ah. Sedangkan dalil aqli yang sederhanapun akan menolak jika dikatakan bahwa Allah berada di segala tempat!. Adapun fitrah manusia, maka lihatlah jika manusia -baik muslim atau kafir- berdo'a khususnya apabila mereka terkena musibah, mereka angkat kepala-kepala mereka ke langit sambil mengucapkan 'Ya ... Tuhan..!. Manusia dengan fitrahnya mengetahui bahwa penciptanya berada di tempat yang tinggi, di atas sekalian mahluk-Nya yakni di atas 'Arasy-Nya. Bahkan fitrah ini terdapat juga pada hewan dan tidak ada yang mengingkari fitrah ini kecuali orang yang telah rusak fitrahnya.


Tambahan
Sebagian ikhwan telah bertanya kepada saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) tentang ayat,

Artinya :
"Dan Dia-lah Allah di langit dan di bumi, Dia mengetahui rahsia kamu dan yang kamu nyatakan, dan Dia mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan". (Al-An'am : 3)
Saya jawab : Ahli tafsir telah sepakat sebagaimana dinukil Imam Ibnu Katsir mengingkari kaum Jahmiyyah yang membawakan ayat ini untuk mengatakan :
"Innahu Fii Qulli Makaan"
"Sesungguhnya Ia (Allah) berada di tiap-tiap tempat!"
Maha Suci Allah dari perkataan kaum Jahmiyyah ini!
Adapun maksud ayat ini ialah:
  1. Dialah yang dipanggil (diseru/disebut) Allah di langit dan di bumi.
  2. Dialah yang disembah dan ditauhidkan (diesakan) dan ditetapkan bagi-Nya Ilaahiyyah (Ketuhanan) oleh mahluk yang di langit dan mahluk yang di bumi, kecuali mereka yang kafir dari golongan Jin dan manusia.
Ayat tersebut seperti juga firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, ertinya:
"Dan Dia-lah yang di langit (sebagai) Tuhan, dan di bumi (sebagai) Tuhan, dan Dia Maha Bijaksana (dan) Maha mengetahui". (Az-Zukhruf : 84)


Dialah Allah Tuhan bagi mahluk yang di langit dan bagi mahluk yang di bumi dan Ia disembah oleh penghuni keduanya. (baca : Tafsir Ibnu Katsir Juz 2 hal 123 dan Juz 4 hal 136).
Bukanlah dua ayat di atas maksudnya: Allah ada di langit dan di bumi atau berada di segala tempat!  Sebagaimana takwilnya kaum Jahmiyyah dan yang sepaham dengan mereka. Atau perkataan orang-orang yang "diam" Tidak tahu Allah ada di mana!.


Mereka selain telah menyalahi ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadits Nabi serta keterangan para sahabat dan Imam-imam Islam seluruhnya, juga bodoh terhadap bahasa Arab yang dengan bahasa Arab yang terang Al-Quran ini diturunkan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Imam Abu Abdillah Al-Muhasiby dalam keterangan ayat di atas (Az-Zukhruf : 84) menerangkan: "Yakni 


Tuhan bagi penduduk langit dan Tuhan bagi penduduk bumi. Dan yang demikian terdapat di dalam bahasa, (umpamanya ) engkau berkata : "Si Fulan penguasa di (negeri) Khirasan, dan di Balkh, dan di Samarqand", padahal ia berada di satu tempat". Yakni : Tidak berarti ia berada di tiga tempat meskipun ia menguasai ketiga negeri tersebut. Kalau dalam bahasa Indonesia, umpamanya kita berkata "Si Fulan penguasa di Jakarta, dan penguasa di Bogor, dan penguasa di Bandung". Sedangkan ia berada di satu tempat.


Bagi Allah ada perumpamaan/misal yang lebih tinggi (baca : Fatwa Hamawiyyah Kubra hal : 73).
Adapun orang yang "diam" (tawaqquf) dengan mengatakan : "Kami tidak tahu Dzat Allah di atas 'Arasy atau di bumi", mereka ini adalah orang-orang yang telah memelihara kebodohan. Allah Rabbul 'Alamin telah sifatkan diri-Nya dengan sifat-sifat ini, yang salah satunya bahwa Dia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arasy-Nya supaya kita mengetahui dan menetapkannya. Oleh karena itu "diam" darinya dengan ucapan "kita tidak tahu" nyata telah berpaling dari maksud Allah. Pantaslah kalau Abu Hanifah mengkafirkan orang yang berfaham demikian, sama seperti orang yang menta'wilnya.